Monday, December 5, 2022

Sarawak perlukan peruntukan bajet lebih tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak memerlukan peruntukan bajet yang tinggi kerana negeri ini hendak membina banyak keperluan prasarana seperti jambatan, jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik serta sistem telekomunikasinnya.

Selain itu, peruntukan tinggi diperlukan untuk kerajaan membina lebih banyak estet perindustrian terutama di pedalaman dan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha ini penting demi mewujudkan lebih banyak perniagaan yang dapat menyokong pembangunan industri kecil dan sederhana sekali gus memacu ekonomi Sarawak.

Bagi beliau, Sarawak berharap Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan lebih besar dalam Bajet 2023 bagi merancakkan pembangunan prasarana dan pelaksanaan projek di negeri ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan
(Mintred) berkata, Sarawak perlu membina lebih banyak hospital, selain memerlukan banyak peruntukan untuk melaksanakan pelbagai program berbentuk ekonomi demi meningkatkan pendapatan, taraf hidup, kesejahteraan serta menghapuskan kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru