Monday, November 28, 2022

Rangsang ekonomi tempatan dengan lahirkan ramai usahawan

Secara Rawak

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) bekerjasama dengan Shell Malaysia untuk program Shell LiveWire Malaysia melalui Tegas Digital Village.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Haji Len Talif Salleh, program tersebut merupakan pembangunan perusahaan utama Shell untuk mengukuhkan ekonomi tempatan di seluruh dunia dengan mempromosikan keusahawanan dan melahirkan usahawan.

“Bukan itu sahaja, program yang mula diperkenalkan pada 2016 ini bertujuan untuk merangsang ekonomi tempatan melalui keusahawanan, inovasi dan pekerjaan yang berkualiti.

“Ia mendapat sokongan daripada Kerajaan Sarawak melalui Tegas pada tahun 2017 dan menjadi rakan kongsi strategik Shell dalam usaha membangunkan syarikat pemula tempatan serta meningkatkan ekosistem inovasi dan keusahawanan digital di Sarawak,” katanya.

Menurutnya, inisiatif Shell dalam menyokong usahawan tempatan sepatutnya mendapat pujian kerana Tegas amat berbangga menjadi rakan kongsi program tersebut sejak 2017.

“Kami telah menyokong 30 pemenang Shell LiveWIRE dengan menyediakan geran tambahan serta akses kepada Perkampungan Digital Tegas dan juga Hab Inovasi Digital di Kuching, Bintulu dan Miri,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran kini dibuka untuk sesiapa yang berminat kerana Shell dan Tegas mencari usahawan Sarawak dan program ini akan diadakan di Tegas Digital Village, Kuching pada 31 Oktober hingga 5 November kelak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari https://livewire.shell.com.my/ atau emel afidazaidi@tegas.org.my.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru