Monday, November 28, 2022

Penulis lirik Isabella, Bob Lokman meninggal dunia petang Jumaat

Secara Rawak

KOTA BHARU: Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman meninggal dunia pada Jumaat.

Menurut anaknya, Omar Hakim, 28, kesihatan arwah ayahnya merosot sejak seminggu lepas.

Allahyarham juga penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.

Selepas waktu Maghrib petang Khamis, arwah mengalami sesak nafas dan keadaannya berterusan sehingga pagi Khamis sebelum disahkan meninggal dunia sekitar 3 petang Jumaat.

Selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020, arwah Bob Lokman, 58, mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian berada dekat dengan datuk mereka, Lokman Ahmad, 80-an yang sakit tua.

Jenazah arwah dibawa ke HUSM Kubang Kerian untuk dimandi serta dikafankan, manakala solat jenazah diadakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Arwah cicit kepada ulama terkenal Kelantan, Allayarham Tok Kenali, meninggalkan balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh anak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru