Wednesday, November 30, 2022

Pelancong India pilih datang ke Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menyasarkan peningkatan pelancong India ke Sarawak menerusi pelbagai kerjasama dijalankan agensinya termasuk melibatkan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di negeri ini.

Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor berkata, India kini berada di kedudukan kelima menyumbang kepada jumlah pelancong ke Bumi Kenyalang tersebut.

Disebabkan itu katanya, inisiatif perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) memberi peluang kepada pemain industri tempatan menjalin rangkaian dan mengukuhkan hubungan pelancongan dengan pemain industri dari India.

“Ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada industri pelancongan kedua-dua negara dan ekonomi negara, terutamanya selepas pandemik Covid-19,” katanya.

RASMI… Dr Anil Jeet Singh Sandhu memukul gong merasmikan Malaysia Travel Mart disaksikan Kok Liang, Ajay Prakash, Sharzede
Datuk Salleh Askor dan Zakaria Mohd Nani di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Kuching • Foto RAMIDI SUBARI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Malaysian Travel Mart sempena Konvensyen Persekutuan Ejen Pelancongan India (TAFI) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, Khamis.

Sementara itu katanya, pemilihan Sarawak sebagai lokasi untuk menjalankan konvensyen ini berlangsung tepat.

Katanya ia memandangkan banyak lagi destinasi yang belum diterokai pelancong India di Bumi Kenyalang ini tidak kira destinasi perkahwinan, mahupun acara korporat.

Untuk rekod, pada 2019, India menyumbang kepada 735,309 kemasukan pelancongnya ke Malaysia atau 22 peratus.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anio Jeet Singu Sandhu, Pengarah Bahagian Komunikasi dan Korporat Zakaria Mohd Nani dan ahli kenamaan lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru