Friday, December 2, 2022

Majlis Pengakap Daerah Lawas dibentuk

Secara Rawak

LAWAS: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak telah membentuk Majlis Pengakap Daerah Lawas bagi mempertingkatkan pergerakan pengakap di Lawas, kata Timbalan Yang Dipertua Dato Mohamad Safri bin Haji Abdillah pada Sabtu selepas mempengerusikan mesyuarat sulung majlis itu di Lawas.

Beliau berkata penubuhan Majlis Pengakap amat tepat pada masanya memandangkan Pergerakan Pengakap di Lawas sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan keahliannya bagi menyahut seruan agar Pergerakan Pengakap di Sarawak mencapai sasaran mempunyai 100,000 orang ahli pengakap menjelang tahun 2025.

“Inilah harapan yang sangat tinggi oleh pucuk pimpinan pergerakan itu dan ini hanya dapat direalisasikan melalui komitmen penuh Majlis Pengakap Tempatan memacu bahagian beruniform untuk meningkatkan usaha melalui penglibatan yang lebih agresif dengan pihak sekolah untuk menarik lebih banyak pelajar menjadi ahli.

Usaha juga perlu dilakukan untuk menarik lebih banyak belia dari 18 tahun hingga 26 tahun untuk menjadi Pengakap Kelana,” tegasnya.

Safri menyeru semua ahli untuk bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lawas bagi merealisasikan impian untuk meningkatkan keahlian kepada saiz yang membanggakan dan aktiviti menarik lebih banyak guru dan pelajar menyertai pergerakan itu.

Barisan ahli Majlis yang dipilih untuk tempoh 3 tahun dari 2022 hingga 2024 terdiri daripada:

Pengerusi: Encik Mohsen Anuar
Setiausaha: Encik Krismond anak Patan
Bendahari : Puan Rahimah Lanambai

Ahli: Penghulu Liaw Chow Tien
Cr. Awang Emeran bin Awang Damit
Awangku Mohd Ariffin bin Datuk Pangiran Haji Jawa
En. Chong Eng Wee
En. Asnan Matsarudin
En. Abdul Rahman Jenglai
En. Maxwell Paris Parag
En. Midon Matusin

Yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal bin Datuk Pengiran Haji Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Zasran Abdullah dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lawas Muhamad Nazri bin Rosli.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru