Wednesday, November 30, 2022

Ibu bapa perlu fokus pendidikan anak bukan takwim

Secara Rawak

PUSA: Ibu bapa sekarang harus lebih fokus kepada perkembangan anak berbanding tindakan menggesa takwim persekolahan ditukar kembali kepada Januari.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr. Annuar Rapaee menyatakan kebimbangan terhadap anak-anak darjah dua dan darjah tiga.

“Tidak perlu terburu-buru dalam menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menukarkan permulaan sesi persekolahan kepada Januari seperti sebelum pandemik.

“Kalendar hanya kalendar, tetapi saya yakin mereka (KPM) mempunyai perancangan dalam hal itu, tetapi bukan untuk dilaksanakan serta-merta.

WARGA PENDIDIKAN… Dr. Annuar Rapaee menyapa mesra warga guru serta kakitangan SK Kalok semasa lawatan
ke tapak projek di sini, Foto. OSMAN RAZALI

“Ini kerana buat masa ini, apa yang harus diberikan fokus ialah anak-anak dalam darjah dua dan tiga, yang tidak hadir ke sekolah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 lalu,” katanya. Adun Nangka itu berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas meninjau Projek Pembinaan Sekolah Baharu: 12 bilik darjah dan enam unit (rumah guru dan kemudahan lain) di SK Kalok, kelmarin.

Jelasnya, disebabkan pandemik Covid-19 lalu, berlaku perubahan takwin sesi persekolahan yang bermula pada Mac berbanding sebelum ini pada Januari.

Isu tersebut mendapat perhatian hangat ibu bapa yang menggesa KPM untuk bertindak segera.

Turut senada dalam perkara tersebut ialah Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Betong Henry Jugah dan katanya, jika KPM boleh mengembalikan permulaan sesi persekolahan pada Januari, ia disambut baik.

“Kita sudah terbiasa mengikuti sesi persekolahan yang bermula Januari.

“Misalnya jika awal tahun sesi persekolahan, maka di akhir tahun kita sudah bersedia dengan kelengkapan anak-anak.

Kiranya, perancangan lebih teratur,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PIBG SK Saint Augustine Betong.

Antara lain yang menyokong ialah Yang Dipertua SJKC Chung Hua Pusa Sahariya Tahot.

“Saya menyokong jika pemulaan sesi persekolahan kembali kepada Januari,” tegasnya sambil menambah ia mengambil kira faktor serta persediaan berlaku bencana (banjir) pada hujung tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru