Monday, December 5, 2022

Dengan peruntukan RM40 juta, kerajaan terus sukat tanah NCR

Secara Rawak

BAU: Kerja penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak dilaksanakan secara berterusan, bukan bermusim.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM40 juta meneruskan penyukatan tanah di negeri ini.

Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf tanah NCR yang mempunyai bukti mencukupi dan berlandaskan perundangan sedia ada.

Berucap pada Majlis Perasmian Pesta Tasik Biru 2022 dan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Dun Tasik Biru, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II berkata, kerja penyukatan tanah NCR diteruskan selagi terdapat pemohonan daripada pemilik.

Malah katanya, kerja penyukatan bagi kampung tradisi untuk disukat di bawah Seksyen 18 turut diteruskan selagi terdapat pemohonan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik surat hak milik tanah NCR harus membangunkan tanah masing-masing untuk tujuan pertanian.

Pada majlis penyerahan surat hak milik tanah itu, dseramai 305 surat hak milik tanah Seksyen 18 diserahkan kepada 78 penerima dari Kampung Senibung di bawah inisiatif baharu NCR, 126 penerima dari Kampung Barieng Singai di bawah inisiatif baharu NCR dan 101 penerima dari Kampung Skibang bawah penyukatan Kampung Tradisi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru