Saturday, December 3, 2022

Dakwa gaji tidak dibayar, lelaki bakar kereta mewah

Secara Rawak

NOIDA: Pihak berkuasa menahan lelaki kerana membakar kereta Mercedes Benz milik pemilik hartanah, gara-gara mangsa dikatakan tidak membayar gajinya.

Insiden itu berlaku di Noida, Uttar Pradesh dan siasatan awal polis mendedahkan suspek yang dikenali sebagai Ranveer tidak berpuas hati kerana pemilik hartanah tersebut gagal menjelaskan gajinya RM1,224,060. (2.68 lakh).

Menurut polis,, kejadian itu dirakam kamera CCTV berhampiran lokasi, sekali gus memudahkan usaha mereka menjejaki suspek.

Dalam video yang kini tular, seorang lelaki dilihat menghentikan motosikalnya di hadapan kereta Mercedes putih yang parkir di tepi jalan.

Dia kemudian menuang cecair dipercayai minyak petrol, ke atas kereta itu dan membakarnya, sebelum melarikan diri.

Orang ramai yang berada di kawasan itu ketika kejadian memaklumkan pemiliknya, tetapi mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana kereta itu telah musnah.

Sementara itu, keluarga pemilik kereta tersebut menafikan dakwaan Ranveer dan berkata, mereka memang mengenali lelaki tersebut sejak sedekad lalu.

Mereka mendakwa Ranveer kecewa selepas dia digantikan oleh pekerja lain dua tahun lalu.

Salah seorang ahli keluarga berkata, dakwaan lelaki itu bahawa gajinya belum dibayar adalah tidak benar kerana ia sudah dibayar selepas dia pulang ke rumah semasa PKP Covid-19 dahulu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru