Saturday, December 3, 2022

Alat mentindik hidung disangka hilang, rupanya melekat dalam paru-paru

Secara Rawak

Seorang lelaki yang menyangka alat tindik hidungnya hilang kira-kira lima tahun lalu telah menemuinya semula baru-baru ini.

Lebih mengejutkan ia ditemui di dalam paru-paru lelaki bernama Joey Lykins itu.

Lykins dilaporkan terbangun tengah malam selepas batuk dan menghadapi kesukaran bernafas.

Dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan para doktor mengatakan mungkin Lykins menghidap radang paru-paru.

Namun, selepas melakukan imbasan paru-paru mereka menemui sesuatu seperti pisau cukur kuda tersangkut di paru-paru kirinya.

Lykins yang terkejut melihat hasil imbasannya memberitahu objek itu mungkin alat tindik hidungnya, yang hilang lima tahun lalu.

Menurutnya seperti dipetik oleh Dailymail.uk, dia membeli alat tersebut dan memasang di hidungnya.

Suatu pagi dia bangun dan melihat perhiasan di hidung itu sudah hilang.

Para doktor percaya alat tersebut masuk ke dalam hidung semasa tidur tanpa disedari oleh Lykins dan sudah berada di situ selama lima tahun.

Doktor mengeluarkan alat tersebut melalui kaedah bronkoskopi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru