Saturday, December 3, 2022

Comelnya, ratusan biri-biri iringi wanita berjoging di pergunungan

Secara Rawak

PARIS: Melakukan aktiviti riadah seperti mendaki gunung atau bukit merupakan pengalaman yang indah dan menyeronokkan.

Anda dapat mengalami pemandangan semula jadi dan melihat tingkah laku haiwan di habitat asli.

Baru-baru ini satu video yang melucukan mendapat tarikan di media sosial yang menunjukkan ratusan biri-biri mengikuti jejak wanita yang sedang melakukan aktiviti larian di sebuah gunung di Perancis.

Video tersebut dikongsi pengguna bernama Eleanor Scholz di Instagramnya dengan kapsyen berbunyi: “Salah satu perkara menakjubkan yang yang pernah saya lihat. Mungkinkah mereka masih mengejarnya?”

Video itu dirakam oleh Scholz ketika dia mendaki gunung tersebut dan terserempak dengan kejadian luar biasa itu.

Ia menunjukkan sekumpulan besar biri-biri sedang mengikuti pelari di gunung tersebut. Apabila pelari itu berhenti selama beberapa minit untuk bercakap dengan Scholz, puluhan kambing biri-biri itu turut berhenti dan menunggu dengan sabar.

Seluruh kawanan biri-biri terus mengikutinya selepas dia kembali meneruskan lariannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eleanor Scholz (@elea_gram)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru