Sunday, October 2, 2022

RM41.94 juta untuk asnaf

Secara Rawak

SARIKEI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sebanyak RM41.94 juta kepada asnaf yang berhak melalui melalui empat program utamanya dalam tempoh tujuh bulan tahun ini, setakat 31 Julai lalu.

Program berkenaan ialah Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie menzahirkan penghargaan kepada semua pembayar zakat kerana memberi kepercayaan tinggi terhadap TBS dalam urusan pengagihan zakat untuk asnaf yang memerlukan.

“Saya juga menyeru masyarakat Islam dan agensi luar di seluruh Sarawak untuk bersama-sama menunaikan kewajipan dan tanggungjawab terhadap agama dan membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majliis penyerahan bantuan kepada asnaf yang layak di pejabat TBS, di sini semalam.

Dalam majlis tersebut juga, sejumlah RM10,220 diagihkan TBS kepada tujuh penerima bantuan dan dua set Bantuan Bakul Kasih Baitulmal (BKB) kepada dua masjid berdaftar yang terdiri daripada salah satu Program Utama TBS iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi, Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran, Sulaiman Mahili, Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf, Abang Faisal Abang Marzuki, Timbalan Ketua Sektor, Iskandar Allan, Ketua Bahagian Operasi, Ustaz Mohd. Yusree Mohd Zain dan Ketua Bahagian Sarikei, Ali Mat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru