Sunday, October 2, 2022

Mayat lelaki hilang ditemui

Secara Rawak

SARIKEI: Pasukan penyelamat hari semalam, akhirnya menemui mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba mendapatkan perahunya yang dihanyut dibawa arus Selasa lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mayat Aziz Yusup, 43, dijumpai pada radius kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan tenggelam pada jam 5.30 petang semalam.

“Sebagai tindakan susulan, kita menyerahkan mayat kepada pihak polis dan berikutan penemuan itu OPS SAR ditamatkan pada jam 6.00 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan perahunya yang terlepas tali daripada dihanyutkan arus sungai.

Bagaimanapun, cubaan mangsa gagal apabila dirinya dilaporkan hilang hanyut dibawa arus.

Laporan kejadian seterusnya dibuat oleh ahli keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong pada hari yang sama.

Operasi pencarian mangsa bermula pada jam 8.00 pagi itu turut disertai pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan penduduk kampung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru