Sunday, October 2, 2022

Harga istimewa barang subsidi

Secara Rawak

SIBU: Pusat Khidmat Sibu dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu akan melancarkan program jualan dengan harga istimewa barang bersubsidi pada 24 September ini. Pengerusi DAP Sibu Oscar Ling Chai Yew semalam berkata, program itu diadakan di Delta The Market Place (Delta Mall) di sini dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang.

“Bagi mengurangkan beban kos sara hidup akibat inflasi, DAP akan mengadakan jualan barangan subsidi istimewa bagi barangan seperti beras, milo, telur, minyak masak, biskut, susu pekat dan mi segera.

“Harga barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding dengan harga pasaran,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sibu.

Menurut Ling, tujuan utama jualan tersebut adalah untuk meringankan bebanan rakyat dan memberi keutamaan kepada keluarga yang memerlukannya. Katanya lagi, sesiapa yang berminat untuk membeli barangan subsidi tersebut diminta hadir

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru