Sunday, October 2, 2022

Bajet 2023: Sarawak harap dapat peruntukan lebih besar

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak berharap mendapat peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2023 oleh Kerajaan Persekutuan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini sesuai dengan keperluannya.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ini bagi membolehkan lebih banyak projek prasarana, ekonomi, kesihatan dan pendidikan dapat dijalankan.

“Kita mahu peruntukan diberi untuk melaksanakan lebih banyak program ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup masyarakat,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS), di sini, hari ini.

Jelas beliau,  banyak projek naik taraf membabitkan infrastruktur dan logistik perlu dilaksanakan di  negeri ini terutamanya  di kawasan pedalaman.

Beliau juga berkata, peruntukan besar adalah selaras dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru