Sunday, October 2, 2022

Alumni kongsi ilmu

Secara Rawak

KUCHING: Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Unimas mengadakan Majlis Jalinan Kasih melibatkan semua kakitangan, bekas dan bakal graduan dari fakulti tersebut.

Program tersebut diadakan bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada alumni untuk menyumbang kepada pelajar baharu dan fakulti.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Unimas Profesor Dr Ambigapathy Pandian berkata, perkongsian ilmu dan pengalaman daripada alumni pasti memberi manfaat kepada bakal graduan menuju fasa seterusnya.

“Kita berharap agar alumni bukan sahaja menyumbang semula fakulti dan Unimas, tetapi juga terhadap masyarakat setempat. “Menerusi sumbangan yang disalurkan oleh para alumni, kita juga dapat menonjolkan kualiti individu, hasil keluaran fakulti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jalinan Kasih di Unimas Learning Centre Kuala Lumpur di Menara Korporat Grand International Academy.

Menurutnya lagi, program tersebut juga dapat mengeratkan silaturahim antara semua alumni, pelajar semasa dan kakitangan fakulti tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar program mentor dan mentee antara alumni dan pelajar semasa diwujudkan pada masa akan datang agar perkongsian ilmu dapat dilaksanakan.

Hadir sama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Dr. Zuraini Seruji, Penolong Pendaftar Kanan Asri Ali dan lain-lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru