Sunday, October 2, 2022

139 juta pesakit Alzheimer menjelang 2050

Secara Rawak

ANKARA: Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada masa ini terdapat lebih 55 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia, dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 78 juta menjelang 2030 dan 139 juta pada 2050, menurut Agensi Anadolu.

Pada 21 September, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu.

Setiap tahun menurut Bernama, ribuan orang mati di seluruh dunia akibat penyakit itu, sejenis keadaan yang menyebabkan seseorang hilang ingatan atau demensia, dan penurunan fungsi kognitif akibat kematian sel-sel otak dari semasa ke semasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru