Sunday, October 2, 2022

12 kematian Covid-19, 2,245 kes baharu

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 2,245 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini semalam, termasuk 136 kes baharu di Sarawak.

Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi, sebanyak 581, diikuti Kuala lumpur (523), dan Perak (182).

Jumlah kes aktif ialah 25,659, turun 6.3 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 12 lagi kematian Covid-19 semalam.

Kematian dicatatkan di Kedah (4), Selangor (4), Pahang (1), Sabah (1), Sarawak (1) and Kuala Lumpur (1).

Sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020, sebanyak 36,342 kematian telah direkodkan setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru