Monday, September 26, 2022

Tun Taib terima kunjungan hormat Pesuruhjaya India

Secara Rawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima dua kunjungan hormat di Demak Jaya, di sini, pagi semalam.

Kunjungan hormat yang pertama daripada Pesuruhjaya Tinggi Baharu India Ke Malaysia B. Nagabhushana Reddy serta rombongan yang merupakan kunjungan julung kali kepada Tun Taib semenjak dilantik Julai tahun lalu.

Ketika ditemui media, Reddy memaklumkan tujuan kunjungan adalah bagi merapat dan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala negara India dan Malaysia khususnya Sarawak bagi meningkatkan perdagangan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan untuk manfaat kedua- dua belah pihak.

Sejurus selepas itu, Tun Taib menerima kunjungan hormat daripada mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Jacob Dungau Sagan.

Jacob ketika ditemui media selepas kunjungan hormat tersebut memberitahu ia bertujuan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tun dan kerajaan negeri kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang beliau bertugas memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dahulu.

Turut sama hadir ialah Pengarah Alta Moda Sarawak (AMS) Dato Raymond Valentine Jolly dan Lenawati Doll Musa

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru