Sunday, October 2, 2022

Persatuan Orang Pekak Sarawak anjur program jaga kesihatan gigi

Secara Rawak

KUCHING: Persatuan Orang Pekak Sarawak akan menganjurkan Program Penjagaan Kesihatan Gigi  bertujuan untuk membangunkan komuniti pekak di Sarawak.

Program itu diadakan dengan kerjasama Klinik Pergigian Batu Kawah akan berlangsung pada 24 September ini.

“Program ini diharap dapat mewujudkan ruang interaksi membabitkan petugas barisan hadapan dengan komuniti pekak selain memberi pendedahan tentang tahap kesihatan gigi yang maksimum kepada golongan sasar,”jelas persatuan itu menerusi kenyataan media.

Kata kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Beatrice menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-685 0061.

Mereka juga boleh   berhubung dengan Pegawai Komunikasi Khas, Lorraine Mitchelle Dores di talian 013-257 0279

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru