Sunday, October 2, 2022

Lucu, aksi mentadak menari cuba hiburkan anjing

Secara Rawak

Pernahkah anda menyaksikan seekor serangga berusaha menghiburkan teman haiwannya?

Sama seperti manusia, mereka juga mempunyai simpati dan mengambil berat terhadap haiwan lain dengan cara unik mereka sendiri.

Sebuah video tular di media sosial ketika ini menunjukkan aksi seekor serangga yang melakukan pelbagai usaha untuk menghiburkan seekor anjing yang kelihatan sedang bersedih.

Klip video tersebut menunjukkan anjing terbabit sedang duduk dengan wajah murung di lantai dan mentadak itu kelihatan menari di hadapannya.

Ia cuba cuba menceriakan anjing itu dengan menggoyangkan kaki dan kukunya, namun anjing itu ternyata tidak teruja dengan aksi comelnya.

Malah ia hanya memandang mentadak itu tanpa reaksi.

Video itu dikongsi oleh Buitengebieden di Twitter dengan kapsyen: “Anjing tidak teruja”.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru