Sunday, October 2, 2022

Kapal nelayan disita tidak jauh dari Kuala Tatau

Secara Rawak

BINTULU: Sebuah kapal nelayan tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu kerana disyaki menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Bintulu,Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, kapal berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 6.3 batu nautika dari Kuala Tatau,dekat sini sekitar pukul 6.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan oleh lima kru termasuk seorang tekong tempatan manakala dua lagi merupakan warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 38 hingga 65 tahun.

“Kesemuanya mempunyai pasport dan permit untuk bekerja di atas vesel nelayan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” jelasnya menerusi kenyataan media hari ini.

Jelasnya, tangkapan dilakukan berdasarkan aduan orang awam yang mendapati terdapat kapal nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai.

Menurut Mohd. Khairol Anuar, pihaknya turut menyita peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda dan sebanyak 200 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis.

“Kesemua kru kapal itu diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,”katanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru