Saturday, October 1, 2022

Dedahkan 19 perkara penting dalam buku Tommy Thomas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa kerajaan mendedahkan 19 perkara penting yang ditemui oleh Pasukan Petugas Khas berkenaan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Ahmad mendedahkan bahawa terdapat ratusan laporan polis dibuat terhadap buku bekas Peguam Negara itu.

“Pada awal Februari 2021 ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Tommy Thomas dan bukunya ‘My Story: Justice In The Wilderness’,” ciap beliau melalui Twitter.

“Saya ditemani oleh sekumpulan peguam juga telah membuat laporan polis yang panjang lebar dan telah pun disiasat oleh beberapa pegawai polis,” katanya.

Beliau yang juga  Ahli Parlimen Pontian berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa ada 19 perkara penting yang ditemui dalam buku tersebut.

“Pada 29 Ogos 2022, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa ada 19 perkara penting ditemui oleh Pasukan Petugas Khas yang kerajaan tubuhkan.

“Maka dipohon dan diminta agar kerajaan mendedahkan apakah 19 perkara itu kepada rakyat. Terima kasih,” katanya lagi.

Buku karya  bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ‘My Story: Justice In The Wilderness’ mengundang pelbagai spekulasi apabila beliau mendedahkan kepincangan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa beliau menjawat jawatan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru