Monday, September 26, 2022

Bot karam di Mukah, 9 mangsa masih belum ditemui

Secara Rawak

MUKAH: Sebuah bot karam dilaporkan berlaku di perairan Mukah pada Rabu dan kini misi cari dan menyelamat sedang diteruskan.

Menurut maklumat awal dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim ( MRSC) Kuching, insiden melibatkan Bot bernombor SF2-2837 telah karam bersama 11 orang mangsa.

“Kejadian karam berlaku di kedudukan lebih kurang 34 Batu Nautika dari Barat Laut Mukah.

“Sehingga kini hanya dua mangsa ditemui selamat dan 9 mangsa lagi masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu pihak MRSC, Kuching juga sedang mengumpul maklumat lanjut dan maklumat terkini akan dikemas kini.

Menurut maklumat dari penduduk kampung di Mukah, bot berkenaan dipercayai digunakan untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan pada 20 September 2022 lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru