Sunday, October 2, 2022

Wanita telan 55 biji bateri sengaja cederakan diri

Secara Rawak

IRELAND: Sekumpulan doktordi Ireland berjaya mengeluarkan 55 biji bateri saiz AA dan AAA dari perut dan usus wanita selepas dia di mlaporkan menelannya untuk mencederakan diri.

Menurut laporan diterbitkan Jurnal Perubatan Ireland, wanita berusia 66 tahun itu dimasukkan ke Hospital Universiti St. Vincent di Dublin selepas memakan bateri silinder.

Science Alert memberitahu hasil sinar-x mendedahkan terdapat objek asing dalam badannya.

Para doktor berkata, wanita itu bernasib baik kerana objek itu tidak menghalang saluran gastrousus dan tiada tanda berlaku kerosakan struktur pada bahagian organ dalamannya.

Pada mulanya, doktor menyangka pesakit mengeluarkan bateri tersebut secara semula jadi, tetapi imbasan berikutnya menunjukkan kebanyakan bateri tersebut masih berkumpul dalam perutnya kerana dia hanya boleh mengeluarkan lima bateri AA pada minggu pertama.

Gara-gara bateri tersebut terlalu berat, perutnya yang buncit akhirnya tergantung di atas tulang alat sulitnya menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan membuang objek asing tersebut.

Menurut kumpulan doktor yang terlibat dalam kes tersebut, kes tersebut merupakan jumlah bateri terbanyak yang dilaporkan ditelan pada satu-satu masa.

“Menelan bateri AA besar secara sengaja sebagai bentuk kecederaan diri yang disengajakan perbuatan yang luar biasa,” tambah mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru