Sunday, September 25, 2022

Terbaru, Petronas temui gas di luar pesisir Sarawak

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Petronas melaporkan penemuan terbaru gas di telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320, di Luconia Tengah, sekitar 220km dari perairan Bintulu, Sarawak.

Menurut Petronas, telaga cari gali Cengkih-1 itu digerudi sehingga kedalaman 1,680 meter pada Ogos lepas dan mencecah lebih 110 meter turus gas dalam kawasan takungan mercu karbonat Miocene Cycle IV/V.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata, penemuan terbaharu itu mengesahkan takungan karbonat berpotensi besar di Luconia Tengah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru