Sunday, October 2, 2022

Sukma: Sarawak masih mampu muncul lima terbaik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Kontinjen Sarawak mampu menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Mengambil kira kedudukan Kontinjen Sarawak yang masih berpeluang menambah koleksi pungutan pingat, selain terdapat beberapa acara sukan yang berpotensi untuk menyumbang pingat.

“Kontinjen Sarawak kini berada dikedudukan keenam dengan menggumpul 16 pingat emas, 20 pingat perak dan 29 pingat gangsa.

“Saya percaya akan ada pertambahan pingat lagi selepas ini kerana saingan akan berakhir sepenuhnya pada 24 September nanti,” ujar beliau pada sidang media di Seketariat Sukma Sarawak 2022 sebentar tadi.

Menurur Karim, terdapat atlet Sarawak yang berjaya melayakan diri ke separuh akhir dan akhir dari acara yang disertai mereka.

Justeru, besar harapan untuk menyaksikan ada atket yang akan dapat beroleh pingat emas seterusnya.

Turut sama menghadiri sidang media itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Ketua Kontinjen Sukma Sarawak, Nancy Jolhi dan Ketua Pegawai Eksekutif , Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Morshidi Fredrick.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru