Monday, September 26, 2022

Rekod jangkitan Covid-19 Malaysia menurun

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Semalam kes positif jangkitan Covid-19 di Malaysia dilaporkan 1,667 kes baharu dan tujuh kematian.

Dua kes kematian mangsa dilaporkan ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Semenjak minggu lepas, data menunjukkan trend penurunan kes dengan purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata kematian untuk 30 hari ialah enam orang.

Negeri mencatatkan kematian paling tinggi akibat Covid-19 semalam ialah Kedah (dua kes) dan Selangor (dua kes) dan masing-masing satu kematian di Johor, Negeri Sembilan satu dan Sabah satu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru