Saturday, October 1, 2022

PSB-PBK mahu tawan banyak kerusi

Secara Rawak

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) menjalin kerjasama untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kerjasama dimeterai melalui satu memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua dua presiden parti, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Voon Lee Shan.

Dalam kenyataan PSB semalam menyatakan, kedua-dua parti tersebut akan bekerjasama antara satu sama lain menjelang PRU-15 bagi mengelakkan perpecahan undi.

Ia sekali gus akan memastikan peluang lebih baik untuk memenangi lebih banyak kerusi parlimen.

Rakyat di negeri ini diharap memberikan sokongan penuh kepada parti-parti tempatan untuk menuntut semula semua hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Untuk rekod pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12),

PSB bertanding di 70 kerusi Dun dan muncul sebagai kuasa pembangkang baharu di Sarawak selepas menang di empat kawasan iaitu Batu Lintang, Engkilili, Bawang Assan dan Ba’kelalan.

Sementara PBK bertanding di 73 kerusi Dun dengan membawa kempen Bebaskan Sarawak dari Malaysia atas dakwan MA63 tidak adil kepada rakyat negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru