Monday, September 26, 2022

Penerbangan Kuching-Pontianak bermula semula Disember ini

Secara Rawak

KUCHING: Penerbangan terus Kuching-Pontianak dijangka disambung semula hujung tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin, banyak permintaan agar penerbangan diteruskan semula terutama memberi faedah untuk perjalanan perubatan dan kesihatan di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono dan delegasi di Bangunan Baitulmakmur, Kim Shin berkata, perjalanan darat Kuching-Pontianak melalui bas turut mendapat sambutan positif dalam kalangan pengguna.

Perkhidmatan bas Kuching-Pontianak-Kuching dicadangkan beroperasi setiap hari bermula Oktober ini.

Setakat ini, perhidmatan Biaramas Express Kuching-Pontianak beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Manakala Damri Express beroperasi pada Isnin, Rabu dan Jumaat.
Kenyataan media itu turut menyebut cadangan laluan darat baharu dicadangkan melibatkan lintasan sempadan menggunakan Biawak, Lundu, selain
laluan Kuching-Singkawang serta Kuching-Lubok Antu- Badau-Putussibau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru