Sunday, October 2, 2022

Pekerja restoran halang lelaki curi kereta di dalamnya terdapat bayi

Secara Rawak

FLORIDA: Seorang pekerja restoran makanan segera, Chick-fil-A dianggap sebagai adiwira menghalang suspek mencuri kereta yang masih ada penumpang di dalamnya.

Ketika kejadian, mangsa dan bayinya parkir di hadapan restoran Chick-fil-A, tiba-tiba seorang lelaki muncul dan cuba merampas kunci kereta dari wanita tersebut.

Melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya, pekerja yang dikenali sebagai Mykel Gordon, bertindak membantu mangsa dengan menolak suspek ke tanah.

Orang ramai yang berada di hadapan restoran itu kemudian berlari membantunya.

Klip video tersebut dikongsi di Instagram oleh NowThis dan Gordon menerima ribuan pujian kerana keberaniannya.

https://www.instagram.com/p/CiiqtgZO4OE

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru