Sunday, October 2, 2022

Bergaduh dengan abang, adik meninggal dilibas sabit, di Jalan Landeh, Batu 10

Secara Rawak

PADAWAN: Bergaduh dengan abangnya di Jalan Landeh, Batu 10, lelaki meninggal dunia akibat dilibas sabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mangsa berusia 49 tahun itu bergaduh di halaman rumah suspek berusia 60 tahun, sekitar 7.30 malam.

Polis menerima laporan tersebut sekitar 11.10 malam.

Menurut suspek mangsa datang membawa sabit dalam keadaan marah dan disyaki bawah pengaruh alkohol.

Kenyataan menyebut, mangsa menyerang suspek, namun senjata terbabit berjaya dirampas dan suspek melibas kembali senjata berkenaan sehingga mencederakan betis kiri mangsa.

Mangsa sempat balik rumah yang terletak bersebelahan, kemudian dihantar ibunya ke HUS, namun meninggal dunia disebabkan pendarahan yang banyak.

Suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru