Sunday, October 2, 2022

Bajet 2023 dibentang awal Oktober ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang dijadual dibentang di Parlimen 7 Oktober ini, terus memberi tumpuan mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi negara serta menjana pertumbuhan lebih mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui ekonomi Malaysia masih berada pada landasan kukuh dalam pengurusan ekonomi negara lebih mencabar pada 2022.

Mustapa berkata bagi 2023, unjuran pertumbuhan ekonomi dunia diturunkan daripada 3.8 peratus pada Januari 2022 kepada 2.9 peratus pada Julai.

Manakala, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus tahun ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru