Saturday, October 1, 2022

PN dan GPS laksanakan semula projek dibatal PH sepanjang memerintah 22 bulan

Secara Rawak

SIBU: Banyak projek pembangunan dan prasarana di Sarawak yang diluluskan bawah pemerintahan BN, dibatalkan Kerajaan PH selama 22 bulan memerintah negara.

Bagaimanapun, bawah pemerintahan PN selaku Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri bawah GPS, kini projek dibatalkan itu diteruskan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah di Kompleks Islam Sibu pada Selasa berkata, projek yang dibatalkan itu sangat penting untuk pembangunan rakyat.

Justeru, menurut beliau, Kerajaan Negeri bawah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bekerja keras mencari jalan dan kaedah menjana lebih banyak pendapatan untuk negeri ini.

Kerajaan Sarawak turut menubuhkan bank pembangunan sendiri, selain memperuntukkan RM2.3 bilion untuk dua tahun bawah Skim Elektrik Luar Bandar (RES) memastikan bekalan kuasa dapat ditingkatkan di seluruh negeri.

Kerajaan Sarawak juga membelanjakan RM4 bilion dalam tempoh dua tahun untuk bekalan air terutama di kawasan luar bandar dan kawasan tekanan rendah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru