Monday, September 26, 2022

Video: Lelaki dibiarkan tergantung di luar tingkap kereta api sedang bergerak laju

Secara Rawak

DELHI: Dalam video tular awal minggu lalu, dua penumpang dilihat memegang tangan seorang lelaki melalui gril tingkap kereta api yang bergerak laju.

Lelaki itu dilihat dalam ketakutan dan berulang kali didengar memohon maaf serta meminta agar mereka menyelamatkannya dari situasi itu.

Lelaki tersebut rupa-rupanya ditangkap ketika cuba merampas telefon bimbit individu di Stesen Sahebpur Kamal.

Suspek dikenali sebagai Pankaj Kumardan.

Penumpang kereta api yang berjaya menangkapnya, bertindak menghukumnya dengan membiarkan dia berpaut pada besi tingkap di luar kereta api.

Video tersebut dirakam semasa kereta api itu menghampiri penghujung perjalanan dari Begusarai ke Khagaria.

Pankaj diserahkan kepada polis sebaik sahaja kereta api tiba di stesen Khagaria.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru