Monday, September 26, 2022

Ringgit terus ditekan pada paras RM4.5 berbanding AS$1

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan jangkaan kenaikan kadar faedah AS minggu ini.

Pada 6 petang ini, ringgit di paras 4.5495/ 5515 berbanding dolar AS daripada 4.5340/ 5365 pada akhir urus niaga Khamis lepas.

Memetik Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata, ringgit turut ditekan oleh data jualan runcit dan tuntutan pengangguran AS yang lebih kukuh yang mendorong bank pusat AS mempertahankan pendirian tegas menangani inflasi.

Menurut Firdaos, pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah yang memberi kesan ke atas mata wang negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Ringgit dijangka kekal susut berbanding dolar AS berikutan jangkaan pasaran berkaitan kenaikan satu mata penuh atau sekurang-kurangnya 75 mata asas dalam mesyuarat pada 20-21 September ini.

Firdaos menjangkakan ringgit diniagakan antara RM4.55 hingga RM4.57 berbanding dolar AS minggu ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru