Monday, September 26, 2022

PSB, PBK meterai kerjasama hadapi PRU-15

Secara Rawak

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) memeterai MoU kerjasama pada PRU-15 kali ini mengelak perpecahan undi dalam kalangan penyokong.

MoU ditandatangani kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Voon Lee shan

Rakyat di negeri ini diharap memberikan sokongan penuh kepada parti-parti tempatan untuk menuntut semula semua hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada PRN-12 lepas, PSB bertanding di 70 kerusi Dun dan menang hanya empat kawasan Batu Lintang, Engkilili, Bawang Assan dan Ba’kelalan.

Sementara PBK bertanding di 73 kerusi Dun dan tidak memenangi mana-mana kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru