Monday, September 26, 2022

Lapan tahun hidup bersama, isteri terkejut suaminya seorang wanita

Secara Rawak

VADODARA: Seorang wanita berusia 40 tahun dari Vadodara Gujarat terkejut selepas mengetahui “suami” yang dikahwininya selama lapan tahun, sebenarnya wanita yang menjalani pembedahan tukar jantina menjadi lelaki.

Menurut laporan yang difailkan di balai polis Gotri, wanita bernama Sheetal itu menuduh Viraj Vardhan melakukan seks luar tabii dan penipuan.

Sheetal turut menuduh anggota keluarga Viraj atau nama perempuannya Vijayta terlibat menipunya.

Akhbar Times of India melaporkan pasangan itu berkenalan di laman cari jodoh di media sosial kira-kira sembilan tahun lalu.

Mereka berkahwin secara rasmi pada 2014 dengan kehadiran ahli keluarga, malah pergi ke Kashmir untuk berbulan madu.

“Bagaimanapun, selepas berkahwin Viraj menolak melakukan hubungan intim dan terus memberi alasan beberapa hari.

“Apabila Sheetal menyoalnya, dia mendakwa kemalangan dialaminya semasa berada di Rusia beberapa tahun lalu menyebabkan dia tidak mampu melakukan hubungan seks,” kata polis seperti dilaporkan akhbar itu.

Tertuduh memberi jaminan kepada wanita itu dia akan pulih sepenuhnya selepas melakukan pembedahan kecil.

Pada Januari 2020, Viraj memberitahu dia mahu menjalani pembedahan mengurangkan berat badannya dan ke Kolkata untuk prosedur itu.

Bagaimanapun, dia kemudian mendedahkan kebenaran dan berkata, dia sebenarnya melakukan pembedahan menukar jantina untuk menanam organ lelaki.

Sheetal memberitahu polis, Viraj mula melakukan “seks luar tabii” dengannya dan turut mengancam, akan menerima padah jika membongkar rahsia tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru