Sunday, October 2, 2022

Kerajaan selamatkan lima lagi mangsa sindiket kerja di Kemboja

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, lima lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air.

Mangsa tiba di KLIA menaiki pesawat penerbangan MH755 pada 2 petang, Isnin.

Setakat ini, kerajaan berjaya menyelamatkan 143 orang daripada 158 kes mangsa sindiket penipuan tawaran bekerja di Kemboja yang dilaporkan.

Sebanyak 29 lagi mangsa masih berada di depoh tahanan imigresen Kemboja.

Kenyataan kementerian luar itu menyebut, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terus giat menjalankan usaha menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di Kemboja.

Selain Kemboja, kementerian luar turut menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket di Laos (27 orang), Thailand (16) dan Myanmar (5).

Bilangan yang masih dijejaki ialah 28 di Laos, 54 di Myanmar dan 12 di Thailand.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru