Monday, September 26, 2022

Isu PRU15 dibincang dalam Mesyuarat Kabinet Rabu ini

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Isu berkaitan PRU-15 dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum berlepas ke New York, AS, menghadiri Perhimpunan Agung PBB, mesyuarat sedia diadakan membincangkan PRU-15, sebelum pertemuan “Top Five” Umno.

Mesyuarat Kabinet mempunyai wakil pelbagai parti termasuk Umno, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu.

Bercakap kepada media selepas melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 Ismail berkata, pertemuan dengan Top Five dilakukan sebelum berlangsung Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 30 September ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru