Sunday, September 25, 2022

Cimpanzi tonton filem guna realiti virtual

Secara Rawak

ANGJOR WAT: Telatah dua ekor cimpanzi begitu teruja menonton video menggunakan set kepala Realiti Virtual (VR).

Video itu dikongsi di Instagram oleh pengguna ‘chimpbrothers’ yang menunjukkan dua adik-beradik cimpanzi bernama Vali dan Sugriva masing-masing berusia 11 tahun menikmati pengalaman mengembara ke tempat indah melalui dunia VR.

Mereka menonton video tersebut di kuil Angkor Wat, Kemboja.

Klip video itu menunjukkan seekor cimpanzi duduk dan menonton video menggunakan set kepala VR, apabila abangnya datang dan mengambil set kepala tersebut untuk gilirannya menonton pula.

Netizen memberitahu mereka terpesona dan terhibur melihat telatah dua adik-beradik itu yang begitu pintar menggunakan alat VR tersebut untuk menonton video kegemaran mereka.

https://www.instagram.com/reel/ChYPSGwI06y

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru