Monday, September 26, 2022

Sikap terpuji, pelajar dukung rakan OKU semasa gempa bumi

Secara Rawak

SICHUAN: Seorang budak lelaki mendapat pujian netizen media sosial kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap rakannya seorang OKU.

Ketika pelajar lain berpusu-pusu berlari menyelamatkan diri keluar dari bangunan sekolah selepas loceng amaran gempa bumi berbunyi, budak lelaki itu bergegas mendapatkan rakannya dan mendukungnya keluar dari bangunan tersebut.

Menurut Instagram goodnews_movement, video tersebut juga mendapat perhatian Menteri Luar China yang bangga dengan sikap pelajar tersebut.

“Bangga dengan pelajar yang membantu rakan sekelasnya yang kurang upaya untuk berpindah semasa gempa bumi!” jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin menulis di media sosialnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru