Monday, September 26, 2022

GPS sentiasa sedia hadapi PRU-15

Secara Rawak

SERIAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia meningkatkan persediaan menghadapi PRU-15.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kelebihan pengalaman pilihan raya peringkat negeri membuktikan GPS bersedia sepanjang masa.

Bercakap selepas melawat Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Kampung Bunan Gega, Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, GPS sentiasa bekerja, dan semua Adun sentiasa di lapangan memastikan GPS sentiasa relevan menjalankan tugas, memastikan rakyat terbela.

Bercakap tentang program JMKM, menurut Nanta program tersebut diadakan di 118 lokasi seluruh Sarawak setakat 15 September lalu.

Tegasnya, KPDNHEP Sarawak terus berusaha mengadakan program sedemikian khususnya di luar bandar dan pedalaman demi memberi manfaat kepada rakyat.

JMKM merekodkan 267,978 pengunjung dengan hasil jualan mencecah RM5.917 juta dalam tempoh Disember 2021 hingga 14 Ogos 2022.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru