Monday, September 26, 2022

Eh, mana satu telefon genggam, mana satu ikan!

Secara Rawak

Netizen media sosial ketawa selepas menonton video kelakar lelaki yang membuang telefon bimbitnya ke laut selepas swafoto dengan ikan yang baru di tangkapnya.

Video tular itu menunjukkan lelaki itu memegang ikan tersebut sambil berdiri di atas bot.

Dia mengambil foto bersama-sama ikan terbabit sambil tersenyum gembira.

Bagaimanapun, ketika dia hendak mengembalikan ikan itu ke laut semula, dia keliru sehingga melontar telefon bimbitnya ke dalam air dan bukannya ikan tersebut.

Mimik wajahnya melucukan sebaik sahaja menyedari kesilapannya dan dia terus membongkok mencari telefon bimbit tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru