Monday, September 26, 2022

35 peratus kerusi Parlimen Sarawak, Sabah untuk PRU 2027

Secara Rawak

KUCHING: Adun Batu Lintang See Chee How berkata, Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan komitmen melaksanakan keputusan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) berkaitan agihan 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah.

Dalam kenyataan bekas ahli politik PSB yang kini Adun Bebas, beliau berkata, ketelusan dapat ditunjukkan menerusi sidang Parlimen kali ini dengan mendedahkan strategi agar pindaan perlembagaan 35 peratus kerusi Parlimen tersebut dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, ini dapat memberi laluan kepada SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dengan segera.

Dalam kenyataannya, menurut beliau, memandangkan semakan terakhir kawasan pilihan raya bagi Parlimen telah dilaksanakan pada 2018, SPR hanya boleh membentangkan semakan seterusnya pada 2026.

Menurut beliau, ini memberi masa yang cukup kepada Parlimen dan SPR membuat persiapan sebelum pilihan raya berikutnya pada 2027/ 2028.

Bagi Chee How, peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah merupakan hal penting bagi memulihkan autonomi Sarawak dan Sabah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru