Sejak 2020 RM5.2 bilion rugi akibat scammer

0
10

KUCHING: Sejak 2020 hingga Mei 2022, hampir 72,000 penipuan, bernilai RM5.2 bilion kerugian dilaporkan di negara ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin pada majlis Bersama InvestSmart@Sarawak, penipuan pelaburan menyumbang hampir 12,000 daripada jumlah keseluruhan penipuan.

Awang Adek menasihati orang ramai menyemak Senarai Makluman Pelabur SC sebelum melabur dalam mana-mana platform pelaburan.

Awang Adek berkata, kebanyakan scammer menggunakan saluran media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram menyasarkan mangsa mereka.

Beliau menyifatkan scam sebagai isu global dan ia tidak mengejutkan Malaysia.

“Sebelum melabur wang anda, kita menyeru orang ramai menjalankan kajian teliti atau mendapatkan pendapat kedua dan nasihat yang sewajarnya sebelum membuat keputusan pelaburan,” katanya.