Monday, September 26, 2022

Kerajaan tidak tentukan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dapat mengimbangi kadar inflasi di seluruh dunia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan OPR baru-baru ini tidak ditentukan oleh kerajaan.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat oleh jawatankuasa bebas di bawah Akta Bank Negara 2009.

Bagi beliau, perkembangan itu positif dan dilakukan oleh negara lain di seluruh dunia serta menganggap kenaikan tersebut rendah 10 tahun lalu.

Memberitahu pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Malah Tengku Zafrul menjelaskan, pelabur tempatan terutama dalam sektor kewangan lebih tertarik melabur di negara yang mempunyai kadar OPR tinggi sekali gus menyebabkan kerugian dalam aliran tunai ringgit.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus, kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini.

Malah BNM dijangka menaikkan sekali lagi kadar tersebut 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) terakhir pada November ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru