Friday, December 2, 2022

Jet ski mangsa hilang ditemui

Secara Rawak

KUCHING: Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa hilang di Pulau Talang-Talang menemui petunjuk baharu dengan penemuan jet ski ditunggang mangsa.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, jet ski berwarna hijau itu ditemui sekitar 8.2 batu nautika barat laut Tanjung Sipang, kira-kira 5.30 petang Sabtu.

Jet ski tersebut dibawa masuk ke Jeti Pak Amit, Santubong dan tiba 1.10 pagi Ahad.

Keluarga mangsa turut mengesahkan jet ski tersebut sebagai milik mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru