Monday, December 5, 2022

Internet kelajuan tinggi untuk rumah panjang, pedalaman Sebauh

Secara Rawak

BINTULU: Sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan bagi menyediakan Internet berkelajuan tinggi untuk pedalaman Sebauh.

Projek tersebut memberi manfaat kepada 63 rumah panjang dengan lebih 7,000 penduduk.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kejayaan projek Rangkaian Jalur Lebar Terbuka Berkelajuan Tinggi (MySRBN) itu membawa kerajaan mengkaji memperluas projek itu ke kawasan luar bandar lain seperti di pedalaman Baram.

Menurut Abang Johari beliau menggunakan telefon bimbit sendiri melihat prestasi kelajuan Internet di kawasan tersebut dan beliau berpuas hati.

Dilaksanakan oleh SMA dan Danawa Resource Sdn. Bhd di bawah program Sarawak Linking Urban, Rural and Nation, projek perintis itu melibatkan pemasangan kabel gentian optik dan peralatan telekomunikasi sepanjang 130 kilometer yang meliputi 63 rumah panjang luar bandar di daerah Sebauh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru