Monday, September 26, 2022

Bintulu sebagai pusat pengeluaran gas hidrogen

Secara Rawak

BINTULU: Baru-baru ini Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai delegasi ke Korea Selatan menandatangani MoU pembekalan elektrik kepada Projek H2biscus.

Kilang milik Petchem Sarawak itu menghasilkan metanol yang boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai bahan derivatif.

Projek itu memerlukan sehingga 900MW tenaga elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui, terutama daripada hidro.

Berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia 2022 di Bintulu, Abang Johari berkata, Bintulu menjadi pusat pengeluaran gas hidrogen dengan pelaksanaan projek pengeluaran hidrogen yang diusahakan oleh konsortium tiga pelabur besar dari Korea Selatan yang disokong dan dibiayai oleh Kerajaan Korea.

Beliau berkata, gas hidrogen dihasilkan sebagai bahan bakar hijau dibeli balik oleh Korea, terutama untuk industri keluli kerana mereka perlu mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil yang mengeluarkan gas karbon dioksida yang memudaratkan iklim dunia.

Menurut beliau, Bintulu turut menyaksikan Petronas dan Shell membina dua loji untuk memproses gas asli yang mengandungi banyak hidrogen sulfida yang disalurkan dari medan gas di luar pantai Bintulu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru