Monday, September 26, 2022

Azizul bidas Rafizi, PH semasa jadi kerajaan tidak berminat kembalikan hak S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Penerangan Pemuda PBB, Azizul Annuar Adenan menyifatkan kenyataan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli pada Hari Malaysia tamparan kepada rakyat di Sarawak dan Sabah.

Bagi beliau, Rafizi sepatutnya membawa rakyat Malaysia bersama-sama merenung pembentukan negara.

Azizul melihat, Rafizi tidak mahu mengakui kelemahan Semenanjung Malaysia melaksanakan pengagihan kekayaan saksama kepada Sarawak dan Sabah.

Azizul membidas dakwaan Rafizi bahawa kemiskinan di Sarawak dan Sabah berpunca daripada pemimpin kedua-dua negeri bersekongkol dengan pemimpin di Semenanjung Malaysia dalam hal pengagihan kekayaan negara.

Azizul mengkritik PH ketika menjadi kerajaan tidak berminat mengembalikan hak yang terhakis bawah MA63 kepada Sarawak dan Sabah bahkan sanggup membatalkan beberapa projek di negeri Sarawak.

Azizul menyeru rakyat Sarawak dan Sabah terus bersatu dan memperkukuh tekad mendapatkan hak yang terhakis dalam MA63.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru